Thursday, 17 January 2013
Harapan Impian Dan Angan
Ungkapan yang sama maksud..punya perngertian yang berbeza..Setiap kita ada harapan..ada impian..ada angan-angan yang ingin kita kecapi..
impianku..
Memberi kehidupan yang sempurna untuk putra putri ku,keluargaku orang-orang terdekat dengan ku..memberi pelajaran yang secukupnya untuk permata hatiku,yang terbaik untuknya.
Dengan impian itu,sesiapa pun perlu berubah andai tidak mahu menjadikan impian dan harapan hanya tinggal angan-angan..indah sebuah impian..tetapi harapan dan impian akan menjadi lebih indah bilamana dikecapi..keluar dari keadaan yang selesa..keadaan yang tiada cabaran dan dugaan.Mereka yang berjaya dan mencapai impiannya adalah mereka yang melalui saat-saat getir kehidupan..mereka yang melalui pelbagai keadaan dalam kehidupan.Dan mereka yang melalui dengan kesabaran da keyakinan itulah yang mengapai impiannya.
Perkuatkan dengan usaha dan semangat agar harapan dan impian tidak tinggal sebagai angan yang tak sudah..
Dan sebenarnya kita semua boleh.
Saturday, 18 August 2012
IHYA' RAMADHAN 1433
Alhamdulillah berakhir aktiviti sempena Bulan Keberkatan 1433 peringkat sekolah pada 15 Ogos 2012.Tahniah buat Pn Norliza Bt Arsyad atas perancangan yang dilakukan.Aktiviti untuk Ihaya' Ramadhan kali ini dimulan dengan ceramah "PUASA DULU SEBELUM RAYA" pengenalan ringkas dan imbas semula mengenai Ramadhan dan puasa untuk murid-murid.
Ceramah dari Ust Fazilah Bin Ramli
Aktiviti diteruskan dengan Program Tadarrus Al Quran yang melibatkan guru-guru serta murid- murid Tahap 2 ( 4,5 dan 6 ).Setiap dari mereka dibahagiakan satu juzuk untuk dibaca manakala bagi murid-murid pula melibatkan guru Pend Islam sebagai pembimbing.Aktiviti ini dilakukan pada waktu rehat (9:50 - 10:20 a.m ) setiap hari persekolahan .
Tadarrus Al Quran
Tadarrus PPIM
Beberapa pertandingan juga diadakan sempenan Bulan Mulia ini bagi mengisi masa terluang murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah.
Antara pertandingan yang diadakan ialah
- Pertandingan Mewarna untuk murid tahun 1 dan 2 ,
- Pertandingan Kuiz Ramadhan untuk murid-murid tahun 3 - 5.
- Pertandingan Takbir Raya untuk murid-murid lelaki tahun 4 dan5.
Majlis Khatam Al Quran dan Pertandingan Takbir Raya yang diadakan pada pagi Rabu 15 Ogos merupakan aktiviti kemuncak dan penutup untuk bulan Ramadhan ini.Bersesuaian dengan hari akhir persekolahan sebelum bercuti untuk menyambut Aidilfitri.Kebetulan pula cuti Hari Raya kali ini jatuh dalam Cuti Pertengahan Semester Kedua Persekolahan bagi tahun 2012.
Perjalanan Majlis Khatam Al Quran
- Khatam Al Quran ( Bacaan murid-murid tahun 6 dipimpim oleh Ust Fazilah Bin Ramli dan Pn Hjh Norliza Binti Arshad )
- Bacaan Tahlil ringkas pimpinan Ust Sufian Bin Sulaiman
- Pertandingan Takbir Raya
- Ucapan Guru Besar Tn Hj Nordin Bin Kasmuni
- Penyampaian hadiah pertandingan
- Penyampaian Sumbangan Hari Raya untuk Anak Yatim dan Kurang Kemampuan
- Penyampaian duit raya.
- Bersalam-salaman sesama murid-murid,guru guru dan kakitangan sekolah.
SEKITAR MAJLIS KHATAM AL QURAN
Pertandingan Takbir Raya
** Tahniah kepada yang menghadirkan diri dan terima kasih kepada yang membantu menjayakan majlis.
JazakumuLlah Jamian.Tuesday, 14 August 2012
Berkongsi Kasih~
Mereka mungkin gembira menyambut Syawal yang bakal kunjung tiba.. Mereka ceria dan pastinya riang.. Namun jauh disudut hati.. mungkin terbit rasa kekurangan dalam diri mereka..Dari itu , Atas kemampuan,sedikit yang kita lakukan mudah-mudahan dapat menghiburkan hati mereka.
Alhamdulillah tahun ini Penyelaras Anak-anak Yatim Peringkat Sekolah dan dibantu Guru-guru Pend. Islam telah mengumpulkan sumbagan dan derma dari orang perseorangan , rakan - rakan guru dan Staf-staf sokongan sekolah.
Semalam 13 Ogos 2012 seramai 19 orang murid anak-anak yatim diiringi 5 orang guru telah pergi ke Pasaraya berdekatan untuk membeli persiapan bagi menyambut Aidilfitri..
Jelas kegembiraan mereka membeli belah bersama-sama.Memilih apa yang mereka inginkan dan perlukan bagi menyambut Aidilfitri..Semoga berterusan amalan membahagiakan anak-anak yatim ini diperingkat sekolah hendaknya.
Credit to
Cik Siti Wasiatun Binti Seni
Pn Norliza Binti Arshad
Pn Shobehah Binti Ghazali
Pn Mashitoh Binti Saleh
Wednesday, 8 August 2012
Peluang Yang Sama Natijah Berbeza...
Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur’an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur’an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur
Mereka berlumba mengejar ma’rifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak bermaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga
Terusik mendengar nasyid dendangan Inteem dan Raihan waktu-waktu begini .. ketika Ramadhan menyusur masuk ke fasa 10 hari terakhir.. Berpeluangkah kita menjadi tetamu malam yang dinanti oleh Orang Soleh...Kalau bukan menjadi tetamu malam pun..terisikah waktu-waktu terluang kita disiang hari dengan sesuatu yang berfaedah.. di malam hari dipenuhikah dengan zikir munajat,memupuk rindu pada Yang Satu..?
Sekadar memotivasikan diri...
Ya Allah..
Tetapkanlah kami dijalanmu.. Amin..
Saturday, 28 July 2012
Yang Batalkan Puasa
Masih lagi di minggu awal Ramadhan 1433.Badan tak berapa sedap..mungkin banyak makan pulut malam sebelumnya..(kalau makan pulut badan berangin..malangnya pulut memang kegemaran)
waktu rehat di sekolah berulang alik ke toilet..muntah2.. ada pula budak2 yang menegur..
"abis la puasa cikgu..batal "
cuma mampu tersenyum.." tak la ..cikgu tak sengaja muntah..puasa tak batal.."
jadi ini untuk kamu..biar lebih jelas..
1. Makan dan minum dengan sengaja
“…maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…”. (al-Baqarah; 187)
2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani; berdasarkan pemahamana dari ayat di atas.
3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit
“Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya”
4. Kedatangan haid dan nifas wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan.
5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan ,bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya.
6. Memasukkan sesuatu bukan makanan kedalam mulut atau hidung.
7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur.
8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing .
9. Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa .
10. Gila; jika seseorang itu menjadi gila,
11. Berbekam (mengeluarkan darah).
Semoga mendapat manfaat bersama.
waktu rehat di sekolah berulang alik ke toilet..muntah2.. ada pula budak2 yang menegur..
"abis la puasa cikgu..batal "
cuma mampu tersenyum.." tak la ..cikgu tak sengaja muntah..puasa tak batal.."
jadi ini untuk kamu..biar lebih jelas..
~PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA~
1. Makan dan minum dengan sengaja
“…maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…”. (al-Baqarah; 187)
2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani; berdasarkan pemahamana dari ayat di atas.
3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit
“Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya”
4. Kedatangan haid dan nifas wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan.
5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan ,bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya.
6. Memasukkan sesuatu bukan makanan kedalam mulut atau hidung.
7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur.
8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing .
9. Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa .
10. Gila; jika seseorang itu menjadi gila,
11. Berbekam (mengeluarkan darah).
Semoga mendapat manfaat bersama.
Thursday, 26 July 2012
RamAdHaN kArEeM
"Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan
sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa
yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan
semula Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat
ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada
henti-henti Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah
daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan
diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan Selangkah demi
selangkah... Dengan rahmatMu oh Tuhanku...Ku tempuh jua"
Ramadhan datang lagi.. datang nya disambut syukur dihati kita umat Muhammad.Alhamdulillah.. pujilah Dia masih memilih kita melalui madrasah Ramadhan sekali lagi.
~ISTIMEWA RAMADHAN~
"Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan." al Qadr
Dan telah diketahui bahwa malam lailatul qadr itu terjadi pada bulan Ramadhan,
maka seharusnya bagi seorang mslim untuk memperbanyak membaca Al-Qur'an pada bulan yang penuh berkah ini
Dari Ibnu Abbas ra berkata: Rasulullah saw adalah orang yang paling dermawan, dan beliau dilihat paling dermawan pada bulan Ramadhan pada saat Jibril menemui beliau, Jibril menemui beliau pada setiap malam pada bulan Ramadhan lalu dia mengajarkan kepadanya Al-Qur'an. Dan Sungguh Rasulullah saw lebih dermawan dengan kebaikan/ pemberian dari angin yang berhembus".
Di antara keutamaan bulan Ramadhan adalah pintu-pintu syurga dibukakan padanya dan pintu-pintu neraka ditutup rapat.
Dari Abi Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda:
"Pada malam permulaan bulan Ramadhan dibelenggulah syaitan- syaitan dan jin-jin yang nakal, ditutup rapat pintu-pintu neraka dan tidak ada satu pintu pun yang dibuka serta dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ada satu pintu pun yang ditutup, dan penyeru datang menyeru: Wahai orang yang menghendaki kebaikan datanglah kemari dan wahai orang yang menghendaki keburukan berhentilah, dan Allah membebaskan orang dari api neraka dan itu terjadi pada setiap malam bulan Ramadhan.
Dan di antara keutamaannya adalah pada bulan Ramadhan terdapat sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, sebagaimana firman Allah Ta'ala:
"Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. 2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? 3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan." Al Qadr
Dari Abi Hurairah r.a bahwa Nabi saw bersabda
"Barangsiapa yang bangun untuk beribadah pada saat lailatul qadr karana iman dan mengharap pahala dari Allah maka dia akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"
Maksud dari keutamaan ini adalah bahawa amalan yang dilakukan dilipat gandakan pada malam hari ini sehingga mencapai lebih baik dari seribu bulan
Di antara kelebihan bulan ini adalah doa-doa akan dikabulkan.
Dari Abi Sa'id
Al-Khudri ra bahwa Nabi saw bersabda :
"Sesungguhnya Allah membebaskan hambanya dari api neraka pada setiap malam bulan Ramadhan dan bagi setiap muslim pada setiap hari dan malam memiliki doa yang diterima jika dia berdoa".
Dan di antara keutamaan lain bulan Ramadhan adalah bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari kasturi di sisi Allah.
Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda:
"Setiap amal anak Adam dilipatgandakan, satu kebaikan akan dilipatgandakan menjadi sepuluh kali
ganda bahkan tujuh ratus kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: Kecuali puasa maka dia adalah untukku dan Akulah yang akan memberikan balasan baginya, sebab dia meninggalkan syahwat dan makanannya karana Aku, bagi orang yang berpuasa itu dua kebahagiaan; kebahagiaan pada saat dia berbuka puasa, kebahagiaan pada saat dia bertemu dengan TuhanNya dan sungguh bau mulutnya lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi"
Di antara keutamaannya adalah bahwa umrah di bulan Ramadhan memiliki keutamaan yang luar biasa.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra
Bahawa sesungguhnya Nabi saw bersabda kepada seorang wanita dari kalangan Anshar yang bernama Ummu Sinan: Apakah yang menyebabkan kamu tidak berhaji bersama kita, wanita itu menjawab: Aku tidak bisa ikut menunaikan haji karena adanya kebun yang dimiliki oleh Abi fulan, yaitu suaminya. Di mana suamiku berhaji bersama salah seorang putranya dengan biaya dari kebun tersebut, sementara yang lain diurus oleh anak kami.
Maka Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya berumrah pada bulan Ramadhan sama dengan haji atau berhaji bersamaku"
Di antara kelebihan bulan Ramadhan adalah diampunkan segala dosa-dosa yang pernah dilakukan.
Diriwayatkan dari Malik bin Al-Hasan bin Malik bin Al-Huwarits dari bapaknya dari abangnya berkata:
Rasulullah saw menaiki mimbar pada saat menapaki satu tangga beliau berkata: Aamiin,
kemudian bersabda
"Aku telah didatangi oleh Jibril dan berkata kepadaku: Wahai Muhammad!, barangsiapa yang telah mendapatkan Ramadhan namun dia tidak diampuni maka Allah menjauhkan dirinya dari rahmatNya, maka aku menjawab: Aamiin.
Lalu beliau melanjutkan: Barangsiapa yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah satu dari keduanya masih hidup bersamanya, namun dia masuk neraka maka semoga Allah menjauhkannya dari rahmatNya, maka aku mengatakan: Aamiin.
Lalu beliau melanjutkan: Dan barangsiapa yang mendengar namaku disebut di sisinya namun dia tidak mengucapkan shalawat atasku maka semoga Allah menjauhkannya dari rahmatNya, katakanlah: aamiin, maka akupun mengatakan" aamiin.
Dari Abi Hurairah ra berkata:
Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang bangun untuk beribadah pada saat lailatul qodri karana iman dan mengharap pahala dari Allah maka dia akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah maka dia akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu".
Dari Abi Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang bangun untuk beribadah pada bulan Ramadhan karana iman dan mengharap pahala dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.
Dan makna "imanan wah tisaban" pada hadits yang telah lalu adalah meyakini kewajiban berpuasa dan mengharap pahalanya, jiwanya tenang dengan berpuasa, tidak benci menjalankan kewajiban berpuasa dan tidak merasa berat untuk beribadah padanya, sebagian orang berpuasa dan
menjalankan ibadah di malam bulan Ramadhan karena dia melihat orang
lain mengerjakan hal yang sama, maka hal ini adalah salah maka tidak akan didapatkan pahala yang besar ini kecuali dengan rasa ikhlas dan mengharap pahala dan balasan dari Allah.
Moga perkongsian sedikit ini dapat memberi semangat untuk melalui Ramadhan dengan lebih baik dari Ramadhan yang lepas.
Selawat dan Salam untuk Junjungan Rasul.
Moga perkongsian sedikit ini dapat memberi semangat untuk melalui Ramadhan dengan lebih baik dari Ramadhan yang lepas.
Selawat dan Salam untuk Junjungan Rasul.
Saturday, 14 July 2012
MILIK
Salam..
Balik dari berjalan dengan suami dan anak-anak , hiburan di IKIM.fm menyiarkan suara lama yang masih dirindui..arwah ust Asri..(semuga rohnya bersama orang-orang Soleh ).Tersentuh mendengar bait lirik ..
Semua kepunyaan Nya..tiada apa pun menjadi milik kita..semua yang kita ada..yang kita nampak..yang kita pegang ,..rasa kepuyaan Nya semua..SEMUAnya...
Keluarga..emak abah..abang kakak adik.. SUAMI.. dan ANAK-Anak.. cuma dipinjamkan.. Adanya semua kerana Allah..kerana Dia.. Dia yang memberi pinjam..
Kalau pun hilang..pergi... Dia akan mengaturkan dan mengantikan sesuatu yang lebih baik lebih sesuai untuk kita..
Syukur.. masih diberi kesempatan menikmati kepunyanNya..semuga Allah menghindarkan rasa resah gelisah takut kehilangan pada yang bukan milik..
semua milik Mu jua ya Allah..
Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Wednesday, 4 July 2012
**AKU WANITA**
Keistimewaan Wanita
1. Doa wanita itu lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , "
Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih
baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
.Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya
seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki
ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang
ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa
yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka
semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya
kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?"
Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak
terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih
dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan
anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui,
maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Wednesday, 20 June 2012
Kisah Dulang
![]() |
Apa yang menyeronokan bila murid2 didedahkan dengan pemakaian serban..seronok budak2 dengan pengalaman yang mereka lalui hari itu.. Walau pun kain serban yang dibekalkan tidak mencukupi.. hampair semua murid lelaki mencuba pemakaian serban.selepas ditunjuk ajar oleh Ust Fazilah
Ramli..masing2 mencuba dan pelbagai ragam dapat disaksikan.
Bila direnungkan ada kesan dalam diri dari program yang diadakan.. Bila budak2 makan beramai2 berkumpulan dihidangkan dalam dulang..budak2 duduk keliling dengan cara duduk yang betul,membaca doa , makan dengan tertib..menghabiskan makanan..sisa2 makan dijari dihabiskan juga..berdoa selepas makan.. persis zaman kanak2 yang aku lalui bersama adik beradik dulu..
Adik beradik ramai ..10 orang 5 lelaki dan 5 perempuan.. bila masa makan dihidangkan dalam dulang..memang teringat sangat.. bila makanan yang banyak sama2 habiskan..bila sedikit..sama2 merasa.. walaupun ada rebut rebutan , cakar cakaran , ngelat ngelatan itu sikap biasa kanak2..tapi bila dikenangkan indah sungguh waktu itu.. terasa rapat antara satu sama lain.. ada rasa kekitaan..rasa sayang.. saling memahami.. berkongsi banyak benda dan perkara..ingat bila berjauhan..
zaman tu jauh berlalu tapi ia ada dalam ingatan ..
Wednesday, 13 June 2012
TENTANG RASA
Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tuesday, 12 June 2012
10 yANG sIA sIA
Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-
1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkan doa untuk ibu bapanya dan kaum Muslimin.
2. Orang yang sentiasa membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.
4. Orang yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.
5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu
6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dipedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10.Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
Wednesday, 18 January 2012
Setiap Langkah Ada Pengajarannya
Putera sulongku memulakan alam persekolahan nya..Cukup2 teruja dengan perkembangan ini macam ibu2 lain pastinya.Cuti akhir tahun memang aku manfaatkan untuk mengadap Najeehin biar dia kenal pensil dan buku.Mungkin ada setengah ibu umur 5 tahun agak lambat untuk persiapan ke tadika.Sebelum ini pernah juga aku terdetik untuk menghantarnya seawal usia 4 tahun.tapi ku tangguhkan hasrat,bagiku biarlah zaman kecilnya ku lambatkan lagi..sayang.kerna bermulanya dia bersekolah..dia akan terus berkembang..membesar dan dewasa.Penuh musim cuti dengan aktiviti mengenal asas huruf dan nombor.permulaan Iqra'.Tercabar juga kesabaran..memang itu biasa pastinya untuk semua ibu2..bimbang juga kalau dia belum bersedia untuk memulakan musim tadika nya..bimbang target waktu cuti yang ku peruntukan tidak mencapai sasaran.
Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar.rutinnya banyak dibantu dengan rancangan Astro 613 dan 611..mengenal warna bentuk angka dan huruf dari kartun Mickey,Tanda arah peraturan lalu lintas dari Jungle Juntion,Moral dan jati diri dari O.S.O..Handy Manny untuk kenalan dia semangat gotong royong dan bantu membantu..cuma Ultraman rancangan yang tidak ada dalam senarai tersesat menjadi rutin..kalau dah anak lanang..itu la juga minatnya..Untuk Iqra cd huruf Hijaiyah memang ada dalam simpanan.
2 minggu awal adalah waktu2 sukar baginya aku pasti..Suami memang sengaja mengambil cuti semata2 untuk memantau perjalan sekolahnya..hari pertama dia lalui dengan baik suka katanya ramai kawan.Namun hari kedua dia menangis bila ditinggalkan.Bila disoal selidik.."Abang tak nak buat kerja sekolah" itu katanya..Begitulah juga keadaanya pada hari ketiga.memikirkan susahnya bila nanti Maknya akan menghantar kesekolah jika keadaan tidak berubah aku meminta pertolongan dari seoeang kawan untuk membuat air penawar agar dipermudahkan urusannya..Apa yang menghairankan aku dia tidak lagi menangis apabila dihantar ketika suami ku tiba2 dipanggil balik bertugas atas sebab penting.Lagaknya seperti sudah tidak ada apa yang ditakutkan.Fahamlah aku selamaya beberapa hari Baba nya ada bersama , semua yang ditunjukan hanya perasaan inginkan perhatian dan sikap manjanya. Seterusnya keadaan menjadi baik..Syukur.
Aku berterima kasih kepada rakan2 blog yang berkongsi maklumat dari blog mereka.banyak manfaat yang aku perolehi dari mereka tentang cara menarik minat,pembahagian masa,aktiviti yang dapat menyokong perkembangan anak2..
Kalau kena caranya walaupun keseorangan tanpa suami disisi mendidik anak2,insya Allah dapat dilakukan..Cuma aku kena perlu lebih tabah dan cekal.kerana aku sedar ada lagi hati kecil yang memerlukan perhatianku..Puteri kesayangan ku..
Sunday, 13 November 2011
Musim Rindu Tiba
Doa Isteri Solehah
Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,
Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Ameen, Ya Rabbi Allameen……
Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,
Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Ameen, Ya Rabbi Allameen……
Wednesday, 2 November 2011
Permata Ayah Bonda
Salam Ulang Tahun Ibu ucapkan..
Membesarlah dengan baik
harapan dan doa ibu abang jadi anak yang soleh..
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 4
Monday, 17 October 2011
Najeehatul Aulia' Binti Nadri
2 tahun yang lalu 17 Okt 2009 NAJEEHATUL AULIA' dilahirkan.awal 2 minggu dari tarikh jangkaan.Awal kandungan aku sempat redha jika dia tidak ditentukan untuk ku ,apabila aku ditahan kemungkinan keguguran .Namun Syukur ku pada yang Esa kerana dia berkesempatan membesar dengan baik didalam kandungan walaupun terpaksa berulang ke HBP setiap minggu.Alhamdulillah masuk bulan yang ke 5 kandungan semakin baik menurut doktor dan aku hanya perlu membuat pemeriksaan biasa mengikut jadual. Sebelum melahirkan juga aku ditahan lantaran keadaan bayi yang kecil dari biasa..macam-macam pendapat doktor yang sememangnya mencemaskan aku..macam ujian juga dilakukan..kekurangan air dalam kandungan dan kududukan bayi yang songsang juga aku hadapi sebelum melahirkan..Alhamdulillah ,semuanya beransur baik berkat doa mak abah suami dan yang lain..
Semuanya masih terpahat utuh diingatan.Menjadi harapan agar dia membesar dan belajar dengan kehidupan seiring dengan masa.
Semuanya masih terpahat utuh diingatan.Menjadi harapan agar dia membesar dan belajar dengan kehidupan seiring dengan masa.
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG..
Thursday, 13 October 2011
first time~
Salam
ceria pula hari ni belaja buat blog..hehe
mungkin ada setengah orang kata tak perlu belaja blog ni..tapi tak salah kan..lagi pula sesuatu yang baru dan bermanfaat tak salah dan amat digalakkan untuk kita belaja..nama pun kehidupan..selagi hidup selagi itulah kita belajar..
ceria pula hari ni belaja buat blog..hehe
mungkin ada setengah orang kata tak perlu belaja blog ni..tapi tak salah kan..lagi pula sesuatu yang baru dan bermanfaat tak salah dan amat digalakkan untuk kita belaja..nama pun kehidupan..selagi hidup selagi itulah kita belajar..
Subscribe to:
Posts (Atom)
























