Wednesday 18 January 2012

Setiap Langkah Ada Pengajarannya



Putera sulongku memulakan alam persekolahan nya..Cukup2 teruja dengan perkembangan ini macam ibu2 lain pastinya.Cuti akhir tahun memang aku manfaatkan untuk mengadap Najeehin biar dia kenal pensil dan buku.Mungkin ada setengah ibu umur 5 tahun agak lambat untuk persiapan ke tadika.Sebelum ini pernah juga aku terdetik untuk menghantarnya seawal usia 4 tahun.tapi ku tangguhkan hasrat,bagiku biarlah zaman kecilnya ku lambatkan lagi..sayang.kerna bermulanya dia bersekolah..dia akan terus berkembang..membesar dan dewasa.Penuh musim cuti dengan aktiviti mengenal asas huruf dan nombor.permulaan Iqra'.Tercabar juga kesabaran..memang itu biasa pastinya untuk semua ibu2..bimbang juga kalau dia belum bersedia untuk memulakan musim tadika nya..bimbang
target waktu cuti yang ku peruntukan tidak mencapai sasaran.
Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar.rutinnya banyak dibantu dengan rancangan Astro 613 dan 611..mengenal warna bentuk angka dan huruf dari kartun Mickey,Tanda arah peraturan lalu lintas dari Jungle Juntion,Moral dan jati diri dari O.S.O..Handy Manny untuk kenalan dia semangat gotong royong dan bantu membantu..cuma Ultraman rancangan yang tidak ada dalam senarai tersesat menjadi rutin..kalau dah anak lanang..itu la juga minatnya..Untuk Iqra cd huruf Hijaiyah memang ada dalam simpanan.
2 minggu awal adalah waktu2 sukar baginya aku pasti..Suami memang sengaja mengambil cuti semata2 untuk memantau perjalan sekolahnya..hari pertama dia lalui dengan baik suka katanya ramai kawan.Namun hari kedua dia menangis bila ditinggalkan.Bila disoal selidik.."Abang tak nak buat kerja sekolah" itu katanya..Begitulah juga keadaanya pada hari ketiga.memikirkan susahnya bila nanti Maknya akan menghantar kesekolah jika keadaan tidak berubah aku meminta pertolongan dari seoeang kawan untuk membuat air penawar agar dipermudahkan urusannya..Apa yang menghairankan aku dia tidak lagi menangis apabila dihantar ketika suami ku tiba2 dipanggil balik bertugas atas sebab penting.Lagaknya seperti sudah tidak ada apa yang ditakutkan.Fahamlah aku selamaya beberapa hari Baba nya ada bersama , semua yang ditunjukan hanya perasaan inginkan perhatian dan sikap manjanya. Seterusnya keadaan menjadi baik..Syukur.
Aku berterima kasih kepada rakan2 blog yang berkongsi maklumat dari blog mereka.banyak manfaat yang aku perolehi dari mereka tentang cara menarik minat,pembahagian masa,aktiviti yang dapat menyokong perkembangan anak2..
Kalau kena caranya walaupun keseorangan tanpa suami disisi mendidik anak2,insya Allah dapat dilakukan..Cuma aku kena perlu lebih tabah dan cekal.kerana aku sedar ada lagi hati kecil yang memerlukan perhatianku..Puteri kesayangan ku..