Wednesday 20 June 2012

Kisah Dulang

Sabtu lepas,berpeluang mengadakan program "Penghayatan Sunnah Rasullullah" bersama rakan2 Guru Pendidikan Islam dan Jqaf.Idea asal dari Guru Besar sendiri.. Tn Hj  Nordin.


Apa yang menyeronokan bila murid2 didedahkan dengan pemakaian serban..seronok budak2 dengan pengalaman yang mereka lalui hari itu.. Walau pun kain serban yang dibekalkan tidak mencukupi.. hampair semua murid lelaki mencuba pemakaian serban.selepas ditunjuk ajar oleh Ust Fazilah
Ramli..masing2 mencuba dan pelbagai ragam dapat disaksikan.


Bila direnungkan ada kesan dalam diri dari program yang diadakan.. Bila budak2 makan beramai2 berkumpulan dihidangkan dalam dulang..budak2 duduk keliling dengan cara duduk yang betul,membaca doa , makan dengan tertib..menghabiskan makanan..sisa2 makan dijari dihabiskan juga..berdoa selepas makan.. persis zaman kanak2 yang aku lalui bersama adik beradik dulu..


Adik beradik ramai ..10 orang 5 lelaki dan 5 perempuan.. bila masa makan dihidangkan dalam dulang..memang teringat sangat.. bila makanan yang banyak sama2 habiskan..bila sedikit..sama2 merasa.. walaupun ada rebut rebutan , cakar cakaran , ngelat ngelatan itu sikap biasa kanak2..tapi bila dikenangkan indah sungguh waktu itu.. terasa rapat antara satu sama lain.. ada rasa kekitaan..rasa sayang.. saling memahami.. berkongsi banyak benda dan perkara..ingat bila berjauhan..
zaman tu jauh berlalu tapi ia ada dalam ingatan ..



Wednesday 13 June 2012

TENTANG RASA

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Tuesday 12 June 2012

10 yANG sIA sIA



Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkan doa untuk ibu bapanya dan kaum Muslimin.

2. Orang yang sentiasa membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.

4. Orang yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.

5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjama’ah.

6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dipedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.