Wednesday 8 August 2012

Peluang Yang Sama Natijah Berbeza...


Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur’an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur

Mereka berlumba mengejar ma’rifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak bermaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Terusik mendengar nasyid dendangan Inteem dan Raihan waktu-waktu begini .. ketika Ramadhan menyusur masuk ke fasa 10 hari terakhir.. Berpeluangkah kita menjadi tetamu malam yang dinanti oleh Orang Soleh...Kalau bukan menjadi tetamu malam pun..terisikah waktu-waktu terluang kita disiang hari dengan sesuatu yang berfaedah.. di malam hari dipenuhikah dengan zikir munajat,memupuk rindu pada Yang Satu..?

Sekadar memotivasikan diri...

Ya Allah..
Tetapkanlah kami dijalanmu.. Amin..









No comments:

Post a Comment