Saturday 28 July 2012

Yang Batalkan Puasa

Masih lagi di minggu awal Ramadhan 1433.Badan tak berapa sedap..mungkin banyak makan pulut malam sebelumnya..(kalau makan pulut badan berangin..malangnya pulut memang kegemaran)
waktu rehat di sekolah berulang alik ke toilet..muntah2.. ada pula budak2 yang menegur..

"abis la puasa cikgu..batal "

cuma mampu tersenyum.." tak la ..cikgu tak sengaja muntah..puasa tak batal.."
jadi ini untuk kamu..biar lebih jelas..

~PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA~

1. Makan dan minum dengan sengaja

 “…maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…”. (al-Baqarah; 187)

2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani; berdasarkan pemahamana dari ayat di atas.

3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit  

  “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya”


4. Kedatangan haid dan nifas wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan.

5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan ,bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya.

6. Memasukkan sesuatu bukan makanan kedalam  mulut atau hidung.

7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur.

8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing .

9. Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa .

10. Gila; jika seseorang itu menjadi gila,

11. Berbekam (mengeluarkan darah).


Semoga mendapat manfaat bersama.

No comments:

Post a Comment