Tuesday 14 August 2012

Berkongsi Kasih~

Mereka mungkin gembira menyambut Syawal yang bakal kunjung tiba.. Mereka ceria dan pastinya riang.. Namun jauh disudut hati.. mungkin terbit rasa kekurangan dalam diri mereka..Dari itu , Atas kemampuan,sedikit yang kita lakukan mudah-mudahan dapat menghiburkan hati mereka.
Alhamdulillah tahun ini Penyelaras Anak-anak Yatim Peringkat Sekolah dan dibantu Guru-guru Pend. Islam telah mengumpulkan sumbagan dan derma dari orang perseorangan , rakan - rakan guru dan Staf-staf sokongan sekolah.

Semalam 13 Ogos 2012 seramai 19 orang murid anak-anak yatim diiringi 5 orang guru telah pergi ke Pasaraya berdekatan untuk membeli persiapan bagi menyambut Aidilfitri..
Jelas kegembiraan mereka membeli belah bersama-sama.Memilih apa yang mereka inginkan dan perlukan bagi menyambut Aidilfitri..Semoga berterusan amalan membahagiakan anak-anak yatim ini diperingkat sekolah hendaknya.















Credit to

Cik Siti Wasiatun Binti Seni
Pn Norliza Binti Arshad
Pn Shobehah Binti Ghazali
Pn Mashitoh Binti Saleh

No comments:

Post a Comment