Saturday 18 August 2012

IHYA' RAMADHAN 1433


Alhamdulillah berakhir aktiviti sempena Bulan Keberkatan 1433 peringkat sekolah pada 15 Ogos 2012.Tahniah buat Pn Norliza Bt Arsyad atas perancangan yang dilakukan.Aktiviti untuk Ihaya' Ramadhan kali ini dimulan dengan ceramah "PUASA DULU SEBELUM RAYA" pengenalan ringkas dan imbas semula mengenai Ramadhan dan puasa untuk murid-murid.


Ceramah dari Ust Fazilah Bin Ramli


Aktiviti diteruskan dengan Program Tadarrus Al Quran yang melibatkan guru-guru serta murid- murid Tahap 2 ( 4,5 dan 6 ).Setiap dari mereka dibahagiakan satu juzuk untuk dibaca manakala bagi murid-murid pula melibatkan guru Pend Islam  sebagai pembimbing.Aktiviti ini dilakukan pada waktu rehat (9:50 - 10:20 a.m ) setiap hari persekolahan .


Tadarrus Al Quran

Tadarrus PPIM

Beberapa pertandingan juga diadakan  sempenan Bulan Mulia ini bagi mengisi masa terluang murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah.

Antara pertandingan yang diadakan ialah
  •  Pertandingan Mewarna untuk murid tahun 1 dan 2 ,
  • Pertandingan Kuiz Ramadhan untuk murid-murid tahun 3 - 5.
  • Pertandingan Takbir Raya untuk murid-murid lelaki tahun 4 dan5.


Majlis Khatam Al Quran dan Pertandingan Takbir Raya yang diadakan pada pagi Rabu 15 Ogos merupakan aktiviti kemuncak dan penutup untuk bulan Ramadhan ini.Bersesuaian dengan hari akhir persekolahan sebelum bercuti untuk menyambut Aidilfitri.Kebetulan pula cuti Hari Raya kali ini jatuh dalam Cuti Pertengahan Semester Kedua Persekolahan bagi tahun 2012.





Perjalanan Majlis Khatam Al Quran
  • Khatam Al Quran ( Bacaan murid-murid tahun 6 dipimpim oleh Ust Fazilah Bin Ramli dan Pn Hjh Norliza Binti Arshad )
  • Bacaan Tahlil ringkas pimpinan Ust Sufian Bin Sulaiman
  • Pertandingan Takbir Raya
  • Ucapan Guru Besar Tn Hj Nordin Bin  Kasmuni
  • Penyampaian hadiah pertandingan
  • Penyampaian Sumbangan Hari Raya untuk Anak Yatim dan Kurang Kemampuan
  • Penyampaian duit raya.
  • Bersalam-salaman sesama murid-murid,guru guru dan kakitangan sekolah.

 
SEKITAR MAJLIS KHATAM AL QURAN

 


Pertandingan Takbir Raya



** Tahniah kepada yang menghadirkan diri dan terima kasih kepada yang membantu menjayakan majlis.
JazakumuLlah Jamian.

No comments:

Post a Comment