Monday 17 October 2011

Najeehatul Aulia' Binti Nadri

  2 tahun yang lalu 17 Okt 2009 NAJEEHATUL AULIA' dilahirkan.awal 2 minggu dari tarikh jangkaan.Awal kandungan aku sempat redha jika dia tidak ditentukan untuk ku ,apabila aku ditahan kemungkinan keguguran .Namun Syukur ku pada yang Esa kerana dia berkesempatan membesar dengan baik didalam kandungan walaupun terpaksa berulang ke HBP setiap minggu.Alhamdulillah masuk bulan yang ke 5 kandungan semakin baik menurut doktor dan aku hanya perlu membuat pemeriksaan biasa mengikut jadual.   Sebelum melahirkan juga aku ditahan lantaran keadaan bayi yang kecil dari biasa..macam-macam pendapat doktor yang sememangnya mencemaskan aku..macam ujian juga dilakukan..kekurangan air dalam kandungan dan kududukan bayi yang songsang juga aku hadapi sebelum melahirkan..Alhamdulillah ,semuanya beransur baik berkat doa mak abah suami dan yang lain..
  Semuanya masih terpahat utuh diingatan.Menjadi harapan agar dia membesar dan belajar dengan kehidupan seiring dengan masa.










                                                        







SELAMAT HARI LAHIR SAYANG..

Thursday 13 October 2011

first time~

Salam
ceria pula hari ni belaja buat blog..hehe
mungkin ada setengah orang kata tak perlu belaja blog ni..tapi tak salah kan..lagi pula sesuatu yang baru dan bermanfaat tak salah dan amat digalakkan untuk kita belaja..nama pun kehidupan..selagi hidup selagi itulah kita belajar..